KKDW sasar 1,000 usahawan terima manfaat Program Pendigitalan Usahawan Desa
SHAH ALAM – Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) memperuntukkan RM1.7 juta untuk Program Pendigitalan Usahawan Desa (PPU) dengan menyasarkan 1,000 usahawan mendigitalkan perniagaan mereka tahun ini.
Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar) KKDW, Datuk Che Murad Sayang Ramjan berkata, menerusi PPU ini usahawan berupaya mendigitalkan perniagaan mereka melalui pemasaran perniagaan dalam talian.
Katanya, ia yang secara tidak langsung akan membantu memperkembangkan perusahaan yang dilaksanakan.
Menurut Che Murad lagi, PPU juga mampu melengkapkan kemahiran usahawan desa untuk mendigitalkan perniagaan bagi memudahkan mengadaptasi dan menceburi perniagaan secara atas talian.
Tambahnya, program tersebut juga merangkumi pendigitalan penyediaan kunci kira-kira, pengurusan stok di gudang dan di kedai, pengurusan gerbang pembayaran, akses internet yang optimum dan kemahiran-kemahiran lain berkaitan perniagaan.
“Impak jangka panjang program adalah kecekapan dan produktiviti yang ditambah baik yang dapat mengurangkan masa dan kos.
“Ia juga akan memudahkan pengurusan data dan dokumen, proses ketelusan dan kebolehlihatan pendedahan secara langsung dan praktikal mengenai
pendigitalan perniagaan di bawah sepuluh modul dengan kerjasama rakan-rakan strategik kementerian ini visibility) perniagaan dapat ditingkatkan dan mematuhi pemiawaian (standardization) proses dan peraturan semasa” katanya.
Beliau berkata demikian pada majlis perasmian Program PendigitalanUsahawan Desa Siri 4/2023 di Shah Alam siang tadi.
Turut hadir, Setiausaha Bahagian Pembangunan Ekonomi Komuniti KKDW, Mohd Sabri Ramly dan Pengarah Urusan Syarikat eLokal dan Pentadbir Desamall, Ahmad Shah Wahid.
Selain agensi KKDW, rakan strategik Program Desamall seperti Rural Capital Berhad, CELCOMDIGI, Shopee, Maybank Sama-sama Lokal, Halal Development Corporation (HDC), BoostBiz, Bank Simpanan Nasional (BSN), Lazada, Maxis, Mesinkira, Fasspay, Bank Islam PETRON dan Foodpanda.
Program ini turut dibantu dengan penyertaan TikTok Malaysia, Troopers, Peasy, dan IPvolusi.
Untuk inisiatif melalui platform Desamall ini adalah strategi di bawah Teras 2 Dasar Pembangunan Luar Bandar (DPLB) iaitu Keusahawanan Pemacu Pembangunan Ekonomi menerusi pernyataan dasar Membangun Produk dan Memperluaskan Pasaran Termasuk Perniagaan Dalam Talian (E-Commerce).