Iraq sekat aplikasi Telegram
KAHERAH – Pihak berkuasa Iraq menyekat akses kepada aplikasi pesanan Telegram pada Ahad, susulan kebimbangan terhadap keselamatan negara.
Kementerian Perhubungan negara itu menjelaskan bahawa aplikasi berkenaan disekat ekoran isu ‘keselamatan negara dan demi melindungi data peribadi rakyat’, lapor agensi dpa yang memetik media tempatan.
Terdahulu, pihak berkuasa Iraq gagal mendapatkan kerjasama dari syarikat yang mengendalikan perkhidmatan itu daripada menyebarkan data rasmi dan peribadi.
Penggunaan aplikasi Telegram sangat meluas di Iraq.
Aplikasi ini turut digunakan oleh anggota militan yang dipercayai pro-Iran.
Dalam sesetengah kes, nama atau data peribadi pasukan keselamatan yang lain telah disebarluas di Telegram, seperti yang berlaku selepas rusuhan ganas di Iraq pada musim luruh 2021.
Militant Daesh, yang pernah menguasai beberapa kawasan di Iraq dan negara jiran Syria, turut menyebarkan dakyah mereka melalui Telegram.