Luar Negara

Erdogan gesa sokongan tidak berbelah bahagi terhadap UNRWA

DUBAI – Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan menggesa semua negara yang ‘prihatin’ untuk melindungi agensi Bantuan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian Palestin (UNRWA) yang membantu lebih 6 juta pelarian di Jordan, Syria, Lubnan, dan Palestin.

Berucap pada World Governments Summit (WGS) 2024 semalam, Erdogan berkata, beliau kesal dengan tuduhan dilemparkan terhadap pertubuhan tersebut yang didakwa bersubahat dalam serangan Hamas 7 Oktober lalu.

Katanya, UNRWA telah mengarahkan siasatan terhadap dakwaan itu, namun banyak negara telah memotong pembiayaannya, sekali gus mempertaruhkan krisis kemanusiaan yang semakin memburuk di Gaza.

Melihat kepada punca konflik di Gaza dengan lebih mendalam, Erdogan berkata:

“Setiap langkah yang diambil akan kekal tidak lengkap melainkan sebuah negara Palestin yang merdeka, berdaulat, dan bersepadu secara geografi ditubuhkan di dalam sempadan 1967, dengan Baitulmaqdis Timur sebagai ibu kotanya.

“Jika Israel mahukan keamanan yang berkekalan, ia mesti berhenti mengejar cita-cita penjajahannya dan menerima kewujudan negara Palestin yang merdeka,” katanya lapor Agensi Anadolu.

Beliau berkata, bahawa Israel, melihat dirinya sebagai ‘kebal’ daripada undang-undang antarabangsa dan telah mengekalkan dasar kependudukan, rampasan kuasa, pemusnahan, dan pembunuhan beramai-ramai selama beberapa dekad.

“Kami tidak akan sekali-kali meninggalkan saudara Palestin kami terbiar, tidak berdaya, atau bersendirian,” tambahnya.

Erdogan tiba di Emiriah Arab Bersatu (UAE) semalam sebagai sebahagian daripada lawatan dua hari untuk menghadiri sidang kemuncak itu.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button