Berita Semasa

Menteri Luar adakan lawatan kerja ke Belanda, kukuhkan hubungan dua hala

CYBERJAYA – Menteri Luar, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir akan mengadakan lawatan kerja ke Belanda mulai hari ini hingga 20 Jun bagi mengukuhkan lagi hubungan hala kedua-dua buah negara.

Kata Zambry dalam satu kenyataan hari ini berkata, Belanda, yang menjalin hubungan diplomatik dengan Malaysia sejak 1957, merupakan salah satu negara Kesatuan Eropah (EU) yang penting dari segi perdagangan, pelaburan, pertanian, pelancongan, kebudayaan, dan banyak lagi.

“Dalam lawatan ini, saya akan mengadakan pertemuan dengan rakan sejawat saya, Wopke Hoekstra, yang merupakan Timbalan Perdana Menteri Belanda merangkap Menteri Luar Negeri.

“Pelbagai perkara akan dibincangkan terutamanya mengenai hubungan dua hala kedua-dua negara. Saya juga akan mengadakan perjumpaan dengan beberapa pihak di sini dalam usaha meningkatkan kerjasama kedua-dua negara dalam pelbagai bidang termasuk perdagangan dan pendidikan,” kata Zambry dalam kenyataan tersebut.

Beliau berkata, lawatan kerja ini juga memberi peluang beliau menjelaskan dasar Kerajaan semasa di bawah kepimpinan baharu, terutamanya mengenai dasar luar dan pelaburan asing, serta meningkatkan peluang perniagaan dan pelaburan Malaysia.

“Diharap Lawatan Kerja ini dapat mengekalkan momentum dan mengeratkan lagi hubungan dua hala yang sedia terjalin antara Malaysia dengan Belanda,” kata Zambry lagi.

Show More

Related Articles

Back to top button