
Liga Super: Kelantan catat kemenangan pertama, Brendan Gan wira Selangor
KUALA LUMPUR – Kelantan FC akhirnya mencatatkan kemenangan pertama musim ini selepas berjaya menundukkan Penang FC 2-0 pada Ahad.
Selaku tuan rumah, Skuad The Red Warriors (TRW) beraksi cemerlang selepas jaringan Ismahil Akinade pada minit ke-21 menggamatkan suasana di Stadium Sultan Muhammad ke-IV, Kelantan.
Belum menarik lafas lega, pasukan pelawat dihukum lagi, kali ini dengan jaringan pemain muda Fazrul Amir Zaman pada minit ke-36 meletakan Kelantan FC 2-0 dihadapan.
Memasuki babak kedua, perlawanan sedikit tegang selepas pengadil perlawanan, Zulkarnain Zakaria melayangkan dua layangan kad merah masing kepada pasukan Kelantan dan Penang FC..
Pertahanan Kelantan, Christian Rontini m di layangkan kad merah minit ke-66 selepas mengutip kad kuning kedua selepas dia menarik baju penyerang import Penang FC, Hassan Saad..
Seminit kemudian, giliran Hassan pula di layangkan kad selepas menyiku kapten tuan rumah, Mario Arques Blasco.
Beraksi dengan 10 pemain kedua-dua pasukan gagal menjaringkan gol dan perlawanan kekal 2-0 sehingga wisel penamat ditiupkan.
Dalam perkembangan lain, pasukan Selangor, Sri Pahang FC, Terengganu FC, dan Kuala Lumpur City FC mengutip satu sama selepas hanya sekadar seri dalam perlawanan masing-masing.
Selangor dan Sri Pahang mencatatkan keputusan 1-1 dengan jaringan lewat permainan oleh Brendan Gan menyelamatkan pasukan Selangor.
Terdahulu, skuad Tok Gajah memecahlan kebuntuan gol pada minit ke-74 menerusi jaringan pemain pertahanan Stefano Brundo yang merembat bola muntah tampanan Mohd Khairulazhan Mohd Khalid selepas sepakan penaltinya berjaya ditepis Khairulazhan.
Dalam pada itu, tiada jaringan direkodkan dalam perlawanan membabitkan Terengganu dan Kuala Lumpur yang berkesudahan dengan 0-0.
Selangor menduduki tangga pertama liga selepas mengutip tujuh mata dalam tiga perlawanan sambil diikuti rapat Sabah FC dan Johor Darul Ta’zim (JDT) yang berkelebihan satu perlawanan.
X :@malaysiatribune
Instagram :@malaysiatribune
Threads :@malaysia.tribune
Youtube :Malaysia Tribune
TikTok : Malaysia Tribune
Whatsapp Channel :Malaysia Tribune
Telegram :Malaysia Tribune