
Berita SemasaPM X
Belanjawan 2023: Elaun 35,000 guru KAFA dinaikkan – Anwar
KUALA LUMPUR – Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kerajaan bersetuju untuk menaikkan elaun bagi 35,000 guru KAFA sebanyak RM100 kepada RM1,100 dengan peruntukan tambahan lebih RM40 juta.
Menteri Kewangan itu berkata, pada masa sama kerajaan juga bersetuju unutk memberikan sumbangan khas RM600 kepada imam, bilal, tok siak, noja, marbut, guru KAFA dan guru takmir.
“Seramai 70,000 orang akan menerima sumbangan ini melibatkan peruntukan lebih RM40 juta,” katanya ketika membentangkan Belanjawan 2023 hari ini.
Mengulas lanjut katanya, kerajaan telah menyediakan peruntukan berkaitan hal ehwal Islam berjumlah RM1.5 bilion dan mahu institusi Islam dalam negara Madani ini menjadi contoh terbaik dalam kecekapan pentadbiran.
SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Facebook :Malaysia Tribune
X :@malaysiatribune
Instagram :@malaysiatribune
Threads :@malaysia.tribune
Youtube :Malaysia Tribune
TikTok : Malaysia Tribune
Whatsapp Channel :Malaysia Tribune
Telegram :Malaysia Tribune
X :@malaysiatribune
Instagram :@malaysiatribune
Threads :@malaysia.tribune
Youtube :Malaysia Tribune
TikTok : Malaysia Tribune
Whatsapp Channel :Malaysia Tribune
Telegram :Malaysia Tribune