Berita Semasa

Pendaki negara terkorban di Everest

Dua kisah dari rabung dunia, Everest.

KATHMANDU – Seorang pendaki dari Malaysia dipercayai seorang pegawai berpangkat tinggi dalam pasukan  Pertahanan awam (APM) dilaporkan maut dalam pendakian Gunung Everest petang tadi.

Mangsa dipercayai meninggal dunia selepas mengalami masalah pernafasan semasa pendakian melepasi kawasan ‘South Summit’.

Pengarah Pioneer Adventure, Nivesh Karki berkata, mangsa yang dikenal pasti sebagai Awang Askandar Ampuan Yaacub dilaporkan ‘jatuh sakit’ dan meninggal dunia dalam perjalanan turun ke Base Camp.

“Mangsa bagaimanapun meninggal dunia dalam perjalanan turun ke Kem IV.

“Mayat mangsa kini berada di South Col sementara menunggu bantuan seterusnya,” katanya menurut laporan The Himalayan Times.

[DIKEMASKINI] Mangsa adalah Awang Askandar Ampuan Yaacub, Pengarah APM Kedah seperti mana disahkan dalam hantaran Facebook APM Negeri Kedah malam ini.

Sepanjang musim bunga tahun ini, sembilan nyawa direkodkan menjadi korban dalam cubaan menakluk puncak setinggi 8,849 meter itu.

 

Muhammad Hawari Hashim

Dalam perkembangan lain, seorang pendaki pekak dan bisu dari Malaysia menjadi pendaki terbaharu negara yang berjaya menakluk puncak Everest, semalam.

“Muhammad Hawari Hashim, 33, berjaya tiba di puncak pada 3.30 petang semalam diiringi oleh sherpa, Chatur Man.

“Hawari berjaya dalam misinya membuktikan golongan kurang upaya juga mempunyai keazaman yang tinggi dan mampu mencapainya. Tahniah,” ujar Karki.

Anak kelahiran Kepala Batas, itu adalah kakitangan Musium Negeri Pulau Pinang merupakan ayah kepada dua anak.

Show More

Related Articles

Back to top button