Berita Semasa

Allahyarham Mael XPDC selamat dikebumikan

MUAR– Jenazah Allahyarham Mael XPDC atau nama sebenarnya, Syed Ismail Syed Ibrahim selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bakri, Batu 6, di sini, pagi tadi.

Sinar Harian melaporkan, pemain bass XPDC, Zuar atau nama sebenarnya, Azuar Md Tasi, 54, berkata, sebelum ini jenazah Allahyarham berada di kediaman anaknya di Jalan Sungai Abong, Muar.

“Alhamdulillah jenazah Allahyarham Mael selamat dikebumikan sekitar pukul 11.10 pagi ini di Tanah Perkuburan Islam Bakri, Batu 6, Muar,” katanya.

Antara yang hadir termasuklah anggota XPDC dan bekas gitaris kumpulan Wings, Joe Branko.

Kira-kira 200 orang termasuk ahli keluarga, peminat serta penduduk setempat memenuhi pekarangan tanah perkuburan bagi memberikan penghormatan terakhir kepada Allahyarham.

Allahyarham Mael menghembuskan nafas terakhir pada usia 55 tahun di Hospital Muar, Johor kira-kira jam 9.30 malam tadi.

Show More

Related Articles

Back to top button