Berita Semasa

Isteri Wan Saiful meninggal dunia

PUTRAJAYA – Isteri Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Wan Saiful Wan Jan iaitu Datin Alena Omar dilaporkan meninggal dunia akibat kanser, hari ini.

Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Permatang Berangan, Mohd Sobri Salleh, Allahyarham menghembuskan nafas terakhir pada pukul 2.40 petang tadi.

“Sama-sama kita hadiahkan Al-Fatihah untuk Allahyarham. Salam takziah buat seluruh ahli keluarga Wan Saiful,” katanya dalam hantaran di akaun Facebook miliknya, hari ini.

Berita pemergian Allahyarham turut dikongsi oleh Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim.

“Salam takziah buat sahabat seperjuangan kami Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Wan Saifulruddin atas pemergian isteri tercinta, Allahyarhamah Datin Alena Omar sebentar tadi.

“Saya mendoakan semoga roh Allahyarham tenang dan ditempatkan bersama-sama dengan golongan orang-orang yang beriman,” katanya di hantaran media sosial.

Difahamkan, jenazah Allahyarham disempurnakan di Institut Kanser Negara (IKN), Putrajaya dan disolatkan di Masjid Kariah Sungai Sekamat, Batu 12, Kajang pada pukul 5.15 petang ini.

Urusan pengebumian akan diadakan di Tanah Perkuburan Islam Sungai Sekamat, Jalan Sungai Sekamat.

Sebelum ini, Wan Saiful ada memaklumkan, isterinya menghidap kanser usus tahap empat.

Menurutnya dalam satu video pada 4 Jun lalu, keadaan isterinya ketika itu pada tahap kritikal kerana kanser iti telah merebak ke beberapa organ yang lain.

Jelasnya lagi, isterinya sudah lama menghidap kanser usus dan menjalani rawatan kimoterapi sejak tahun 2020.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button