Politik

Dr. Akmal Saleh menang jawatan Ketua Pemuda UMNO

KUALA LUMPUR – Exco negeri Melaka yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau, Dr. Muhamad Akmal Saleh berjaya memenangi jawatan Ketua Pemuda UMNO selepas berjaya melepasi majoriti mudah.

Perkara itu dikongsi oleh bekas Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki dalam satu hantaran dalam laman Facebooknya hari ini.

“Alhamdulillah, keputusan tidak rasmi Dr Akmal Saleh berjaya memenangi jawatan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO untuk sesi 2023-2026.

“Setakat ini undi yang diperolehi 101 bahagian; melepasi 96 undi untuk majoriti mudah daripada keseluruhan 191 bahagian,” katanya.

Dr. Akmal, 35, berhadapan saingan sengit daripada Ahli Parlimen Paya Besar, Datuk Mohd Shahar Abdullah dan Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Armand Azha Abu Hanifah.

Show More

Related Articles

Back to top button