Jenayah & Mahkamah

Mayat dikerat 6 ditemukan di tepi lebuhraya PLUS

SUNGAI BULOH – Mayat manusia dipercayai dikerat enam ditemukan dalam sebuah beg di tepi Kilometer 447, Lebuhraya Utara Selatan arah utara berhampiran persimpangan Rawang Selatan pagi tadi.

Bahagian utama badan mangsa ditemui di dalam beg bagasi berwarna hitam yang ditinggalkan di dalam longkang lebuh raya manakala sebahagian lagi ditemukan di tepi jalan.

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh Superintendan Shafa’aton Abu Bakar dalam satu kenyataan berkata, polis menerima panggilan daripada orang awam mengenai penemuan mayat itu pada pukul 11.45 pagi.

“Kita menemukan keratan badan (pinggang ke atas tanpa kepala dan kedua-dua tangan dan kaki) di tepi jalan serta menemukan satu bagasi berhampiran keratan badan.

“Hasil pemeriksaan di dalam bagasi pula kita menjumpai serpihan potongan badan,” katanya.

Shafa’aton berkata, mayat masih tidak dapat dikenal pasti kerana tiada sebarang dokumen pengenalan ditemui.

Bagaimanapun, mangsa dipercayai warga asing berdasarkan tiada kesan suntikan BCG pada bahagian bahu.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya.

Show More

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button