Jenayah & Mahkamah

Chegubard berdepan satu lagi tuduhan

Berhubung hantaran di media sosial

JOHOR BAHRU – Aktivis, Badrul Hisham Shaharin atau lebih dikenali sebagai CheguBard dijangka berdepan satu lagi pertuduhan mengikut Akta Hasutan 1948 di Mahkamah Sesyen di sini, berhubung hantaran mengenai projek kasino di Forest City menerusi media sosial.

Ahli Jawatankuasa Penerangan BERSATU itu hadir bersama peguamnya, Muhammad Rafique Rashid Ali di Kompleks Mahkamah di sini, pada kira-kira pukul 8.50 pagi tadi.

Semalam, Badrul Hisham, 45, dilaporkan didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas dua tuduhan memfitnah dan menghasut untuk merosakkan nama baik Yang di-Pertuan Agong.

Beliau bagaimanapun membuat pengakuan tidak bersalah sejurus pertuduhan dibacakan ke atasnya di hadapan Hakim, Siti Aminah Ghazali.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button