Politik

Rombakan Kabinet Sabah, Bung Moktar digugurkan

KOTA KINABALU – Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor hari ini mengumumkan rombakan Kabinet negeri yang menyaksikan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin digugurkan daripada jawatan Timbalan Ketua Menteri I.

Tempat beliau diganti oleh Presiden STAR, Datuk Seri Dr. Jeffrey Kitingan, yang sebelum ini merupakan Timbalan Ketua Menteri II.

Timbalan Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS), Datuk Seri Dr. Joachim Gunsalam yang sebelum ini menyandang jawatan Timbalan Ketua Menteri III, dilantik sebagai Timbalan Ketua Menteri II.

Dan bagi mengisi kekosongan Timbalan Ketua Menteri III, Hajiji turut melantik Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Putatan, Datuk Shahelmy Yahya yang turut memegang portfolio Menteri Kerja Raya.

Show More

Related Articles

Back to top button