Politik

‘Itu hak dia untuk ke mana pun’ – tegas Zahid terhadap tawaran Bersatu kepada KJ

KUALA LUMPUR – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menegaskan Khairy Jamaluddin berhak untuk menyertai parti lain kerana bekas Ahli Parlimen Rembau itu bukan lagi ahli UMNO.

Timbalan Perdana Menteri berkata demikian sebagai respon terhadap tawaran yang diberikan oleh Bersatu untuk melantik beliau sebagai Ahli Majlis Tertinggi jika bersetuju me nyertai parti itu.

“Itu hak dia untuk ke mana-mana pun. Dia tidak lagi menjadi ahli UMNO,” katanya pada sidang media selepas Mesyuarat Jawatankuasa Pemantauan Pelaksanaan Majlis Tindakan Sara Hidup Negara (NACCOL), hari ini.

Semalam, Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebelum ini mengakui ada menawarkan jawatan itu kepada Khairy, jika beliau mahu menyertai parti itu.

Muhyiddin yang juga Pengerusi Perikatan Nasional (PN) mendedahkan, tawaran berkenaan dikemukakan kepada Khairy selepas bekas Menteri Kesihatan berkenaan dipecat daripada UMNO, pada Januari lalu.

Beliau berkata, tawaran itu dibuat selepas mengambil kira kemampuan Khairy memberi sumbangan bagi memperkukuhkan kedudukan Bersatu, selain ketokohannya sebagai pemimpin politik muda.

Show More

Related Articles

Back to top button