Politik

PRK DUN Kuala Kubu Baharu buka tirai hari ini

HULU SELANGOR – Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu (KKB) akan membuka tirainya pada hari ini.

Bermula dengan proses penamaan calon di Dewan Serbaguna dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor, di sini bakal calon akan menyerahkan borang pencalonan masing-masing di Pusat Penamaan Calon (PPC).

Setakat hari ini, calon yang diumumkan akan bertanding termasuk wakil Kerajaan Perpaduan yang juga Setiausaha Akhbar kepada Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Pang Sock Tao, manakala calon Perikatan Nasional (PN), pemangku Ketua Bahagian Bersatu Hulu Selangor, Khairul Azhari Saut dijangka akan memberi saingan sengit kepada calon DAP itu.

PRK DUN Kuala Kubu Baharu diadakan susulan kematian penyandangnya, Lee Kee Hiong, 58, akibat kanser pada 21 Mac lalu.

Pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Selangor, mendiang menewaskan semua pencabarnya dengan majoriti 4,119 undi.

Dalam pada itu, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan tempoh berkempen selama 14 hari bermula selepas pengisytiharan calon yang bertanding esok hingga 11.59 malam, 10 Mei.

Daftar Pemilih Pilihan Raya (DPPR) bagi PRK Kuala Kubu Bharu adalah sebanyak 40,226 orang terdiri daripada 39,362 pengundi biasa, 625 anggota polis, 238 anggota tentera dan pasangan serta seorang pengundi tidak hadir luar negara.

SPR menetapkan hari pengundian bagi PRK berkenaan adalah pada 11 Mei, manakala undi awal pada 7 Mei.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button