Wanita OKU mental terjatuh dari jambatan ditemukan maut selepas 24 jam pencarian
DUNGUN – Seorang wanita orang kurang upaya (OKU) kategori mental yang dilaporkan terjatuh dari sebuah jambatan berhampiran rumahnya di Jalan Jabor-Paka, berhampiran Bandar Al Muktafi Billah Shah, di sini semalam, ditemukan meninggal dunia pagi tadi.
Mayat mangsa, Nor Haslini Din, 47, ditemui terapung di Sungai Paka pada pukul 10.30 pagi selepas operasi mencari dan menyelamat dijalankan selama hampir 24 jam.
Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Nik Ab Halim Nik Mat berkata, mayat mangsa ditemukan kira-kira 200 meter dari lokasi terakhir dia dipercayai terjatuh.
“Operasi pencarian yang dijalankan sejak semalam berjaya menemukan mayat mangsa yang tersangkut pada ranting kayu.
“Mangsa dipercayai terjatuh dari jambatan berkenaan pada ketinggian kira-kira 45 meter pada pukul 10.30 pagi semalam,” katanya dalam kenyataan.
Beliau berkata, mayat Nor Haslini telah dibawa ke Unit Forensik Hospital Dungun untuk tindakan lanjut.
Semalam, media melaporkan wanita terbabit dipercayai dihanyutkan arus selepas terjatuh dari jambatan yang terletak 100 meter dari kediamannya.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |















