BERITA SEMASASUKAN

Skuad B-19 negara mara ke separuh akhir

SURABAYA – Skuad bola sepak Bawah 19 Tahun (B-19) negara mara ke pusingan separuh akhir Kejohanan B-19 ASEAN 2024 setelah berjaya mengikat Thailand 1-1 dalam perlawanan akhir peringkat kumpulan, hari ini.

Keputusan ini menyaksikan skuad muda negara mengekalkan rekod cemerlang tanpa kalah sekali gus muncul juara Kumpulan C dengan mengumpul tujuh mata.

Dalam perlawanan yang berlangsung di Stadium Gelora Bung Tomo itu, gawang skuad negara lebih dahulu ditembusi menerusi jaringan Caelan Tanadon Ryan pada minit kelima.

Namun, Malaysia yang berstatus juara bertahan kembali bangkit tiga minit selepas separuh masa kedua bersambung menerusi jaringan penalti Pavithran Gunalan untuk mengikat kedudukan.

Skuad muda negara berjaya untuk mendominasi perlawanan sepanjang separuh masa kedua tersebut dengan beberapa peluang keemasan namun gagal mencari gol kemenangan.

Dalam pusingan akhir Sabtu nanti, skuad bimbingan Juan Torres Garrido ini akan bertemu pasukan tuan rumah yang juga juara Kumpulan A, Indonesia.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button