Semua projek pembangunan RMK13 dipantau secara berkala – KSN
PUTRAJAYA – Kerajaan akan memantau semua projek pembangunan di bawah Rancangan Malaysia ke-13 (RMK13) secara berkala.
Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar berkata, komitmen itu adalah bagi memastikan pelaksanaan kesemua projek berkenaan berjalan tanpa sebarang kelewatan dan karenah birokrasi.
“Kita akan benar-benar pastikan bahawa pelaksanaannya sebagaimana yang dirancang sebab ia melibatkan satu tempoh yang panjang.
“Semua projek yang diluluskan kena dilaksanakan segera sebab bila ada kelewatan, ia akan menyebabkan rakyat hampa,” katanya.
Shamsul Azri berkata demikian selepas melepaskan peserta Larian MAPPA XX 2025, di sini hari ini.
Jelas beliau, pemantauan itu akan dilakukan secara bersama oleh Kementerian Kewangan dan Kementerian Ekonomi.
Pada pembentangan RMK13 Khamis lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar memaklumkan mekanisme pemantauan akan ditambah baik menerusi Sistem Pemantauan Pelan Pelaksanaan Dasar (PPD), selain struktur tadbir urus akan digerakkan secara berperingkat hingga ke peringkat Jemaah Menteri.
Di bawah RMK13, sebanyak RM20 bilion diperuntukkan untuk melaksanakan projek pembangunan infrastruktur seperti projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB), selain pembinaan satu juta unit rumah mampu milik.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








