Proses damai Iran-AS di Doha berjalan lancar, capai perkembangan positif
DOHA – Iran dan Amerika Syarikat (AS) menamatkan pusingan terbaharu rundingan tidak langsung di Doha, bertujuan meredakan ketegangan serta menyambung semula proses damai susulan insiden serangan antara kedua-dua negara baru-baru ini.
Presiden AS, Donald Trump, berkata Segala perbincangan, termasuk isu pelucutan program nuklear Iran, dilaporkan mencapai kemajuan yang memberangsangkan, lapor Buletin TV3.
“Saya fikir mereka sudah bersetuju dengan hampir semua perkara yang kita perlukan,” katanya kepada pemberita sebelum menaiki pesawat Air Force One.
Qatar dan Pakistan dalam kenyataan bersama menyatakan rundingan di Doha antara wakil AS dan Iran berjalan lancar dan mencapai kemajuan memberangsangkan.
Timbalan Menteri Luar Iran, Kazem Gharibabadi, berkata satu saluran komunikasi khas akan diwujudkan oleh kedua-dua pihak bagi merekodkan sebarang dakwaan pelanggaran memorandum persefahaman.
Beliau berkata undingan tersebut turut menyentuh isu aset Iran yang dibekukan, yang menurut Tehran perlu dibebaskan sebagai sebahagian daripada syarat penyelesaian.
Perbincangan itu merangkumi penggunaan dana berjumlah AS$6 bilion (RM24.4 bilion) bagi tujuan pembelian barangan keperluan negara tersebut.
Menurut sumber, rundingan kali ini lebih tertumpu kepada isu Selat Hormuz, manakala isu program nuklear Iran akan dibincangkan dengan lebih terperinci pada pusingan seterusnya.
Rundingan itu dibuat susulan memorandum persefahaman yang dimeterai pada Jun lalu melibatkan gencatan senjata sementara serta rangka penyelesaian beberapa isu utama termasuk Selat Hormuz, pembiayaan pembinaan semula Iran dan program nuklear negara itu.
Pusingan rundingan seterusnya antara AS dan Iran dijangka diadakan selepas upacara pengebumian Pemimpin Tertinggi Iran, dengan tarikh baharu akan ditetapkan secepat mungkin selepas majlis itu selesai.
Ketegangan antara kedua-dua negara masih berlarutan sejak beberapa bulan lalu, termasuk insiden serangan balas di rantau Teluk, namun dilaporkan semakin reda menjelang rundingan di Doha.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |
















