BERITA SEMASA

Pejabat LHDN di Menara Olympia ditutup sepenuhnya

KUALA LUMPUR – Pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) yang beroperasi di Lokaliti Kuala Lumpur Bandar di Tingkat 3, 4, 6, 7, 10, 15 dan 17, Menara Olympia, Nombor 8, Jalan Raja Chulan, di sini telah ditutup sepenuhnya.

Menurut LHDN dalam satu kenyataan, pejabat itu kini beroperasi di lokasi baharu di Kompleks Kerajaan Jalan Tuanku Abdul Halim yang sebelum ini dikenali sebagai Kompleks Kerajaan Jalan Duta.

“Sebarang urusan surat-menyurat boleh dimajukan kepada alamat baharu Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia, Kuala Lumpur, Karung Berkunci 00010, Pejabat Pos Besar, 50990 Kuala Lumpur.

“Pejabat LHDN Lokaliti Kuala Lumpur Bandar sebelum ini telah mengeluarkan hebahan penutupan melalui notis pemberitahuannya pada 29 Mac 2024 sebagai pemakluman awal bagi memudahkan urusan percukaian pembayar cukai di lokaliti berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan.

Sebagai alternatif katanya, pembayar cukai juga boleh berkunjung ke Pejabat LHDN di UTC Kuala Lumpur, Pudu Sentral atau mana-mana pejabat LHDN yang berhampiran atau menggunakan e-Janji Temu menerusi portal LHDN.

“LHDN komited dan berusaha dalam memastikan tahap mutu perkhidmatan percukaian sentiasa ditambahbaik dari semasa ke semasa sekali gus menjadi pemudahcara kepada para pembayar cukai dalam melaksanakan tanggungjawab kepada negara.

“Pembayar cukai juga digalakkan menggunakan perkhidmatan percukaian secara dalam talian menerusi gerbang Portal MyTax di https://mytax.hasil.gov.my,” katanya.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button