BERITA SEMASAINISIATIF KERAJAAN

Lebih 3,700 anak anggota ATM terima sumbangan pendidikan SSPN sepanjang 2025

KUALA LUMPUR – Seramai 3,775 murid Tahun 1, anak kepada anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bakal menerima sumbangan tunai sebanyak RM50 secara one-off melalui Program Simpanan Pendidikan MADANI bagi sesi persekolahan 2025.

Menurut Kementerian Pertahanan (MINDEF), program anjuran Yayasan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) itu merupakan inisiatif berterusan MINDEF dalam memperkasa kebajikan pendidikan anak-anak warga ATM.

Sumbangan tersebut akan dikreditkan terus ke akaun Simpan SSPN Prime masing-masing yang diuruskan oleh Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

Selaras dengan komitmen Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, program itu bertujuan menggalakkan penabungan awal pendidikan dan menyediakan asas kewangan lebih kukuh untuk masa depan anak-anak tentera.

“Pada tahun 2024, program yang sama telah memberi manfaat kepada 5,690 pelajar dengan jumlah keseluruhan sumbangan mencecah RM284,500.

“Inisiatif ini adalah sebahagian daripada pendekatan menyeluruh Malaysia MADANI dalam menjaga kebajikan anggota perkhidmatan dan keluarga mereka,” menurut kenyataan itu lagi.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button