BERITA SEMASAKEMENTERIAN PERTAHANAN

Karnival CIMIC tarik lebih 200,000 pengunjung sempena Hari ATM ke-92

KUANTAN – Lebih 200,000 pengunjung dijangka membanjiri Karnival Civil Military Cooperation (CIMIC) anjuran Kementerian Pertahanan (MINDEF) bersempena Sambutan Hari Angkatan Tentera Malaysia (ATM) ke-92 yang berlangsung selama dua hari di Pangkalan Udara Kuantan.

Karnival CIMIC tarik lebih 200,000 pengunjung sempena Hari ATM ke-92
Pengunjung-pengunjung yang hadir semalam.

Bertemakan “CIMIC Diperkasa, Kedaulatan Negara Terpelihara”, karnival berkenaan dirasmikan oleh Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, semalam.

Antara acara yang menjadi tumpuan termasuk Demonstrasi Dinamik, persembahan Anjing Perang Tentera Darat Malaysia (TDM), persembahan band dan pancaragam pusat Tentera Darat dan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Kawad Senyap oleh anggota TLDM serta persembahan kesenian daripada ketiga-tiga cabang perkhidmatan ATM iaitu darat, laut dan udara.

Karnival CIMIC tarik lebih 200,000 pengunjung sempena Hari ATM ke-92
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled bersama Panglima ATM

Selain itu, pengunjung juga berpeluang melihat secara dekat aset-aset ketenteraan serta mengunjungi reruai yang menyediakan maklumat berkaitan kerjaya dalam ATM dan agensi keselamatan lain.

Pada acara itu, Mohamed Khaled turut menyampaikan sebanyak 500 Kotak Rezeki berisi barangan keperluan harian kepada masyarakat serta 100 hadiah cabutan bertuah termasuk motosikal, televisyen pintar dan peralatan elektrik kepada pengunjung bertuah.Karnival CIMIC tarik lebih 200,000 pengunjung sempena Hari ATM ke-92

Menurut beliau, konsep CIMIC yang digerakkan oleh Kementerian Pertahanan merupakan sebahagian daripada usaha memperkukuh konsep pertahanan menyeluruh (comprehensive defence) melalui jalinan erat antara rakyat dan anggota tentera.Karnival CIMIC tarik lebih 200,000 pengunjung sempena Hari ATM ke-92

“Pendekatan ini selaras dengan aspirasi Kertas Putih Pertahanan yang menekankan bahawa keselamatan negara adalah tanggungjawab bersama menerusi prinsip Whole of Government, Whole of Society (WOGOS),” katanya lagi.

Karnival CIMIC tarik lebih 200,000 pengunjung sempena Hari ATM ke-92
Demonstasi ketenteraan tarik munat ramai pengunjung.

Turut hadir ialah Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Mohd Nizam Jaffar; Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, Datuk Lokman Hakim Ali; Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Muhammad Hafizuddeain Jantan; Panglima Tentera Laut, Laksamana Tan Sri Dr. Zulhelmy Ithnain; Panglima Tentera Udara, Jeneral Datuk Seri Muhamad Norazlan Aris serta pegawai kanan agensi awam dan penguat kuasa.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button