BERITA SEMASABISNES & EKONOMI

Kad Prabayar Visa Merchantrade Money beri rebat 3 peratus semua perbelanjaan luar negara

KUALA LUMPUR – Pengembara Malaysia kini boleh menikmati penjimatan lebih besar sepanjang musim cuti hujung tahun ini apabila Merchantrade Asia menawarkan pulangan tunai 3 peratus tanpa had bagi setiap perbelanjaan luar negara menerusi Kad Prabayar Visa Merchantrade Money.

Dalam satu kenyataan, Merchantrade Asia memaklumkan, tawaran sehingga 31 Disember 2025 itu hadir ketika rakyat Malaysia menunjukkan peningkatan signifikan dalam tempahan penerbangan, penginapan serta aktiviti percutian ke destinasi luar negara.

Jelasnya, pulangan tunai tanpa had itu memberi kelebihan ketara kepada pengguna khususnya bagi perbelanjaan bernilai tinggi seperti tiket penerbangan, hotel dan aktiviti membeli-belah.

Tawaran berkenaan turut disertai ganjaran RM10 kepada pengguna baharu yang mendaftar dan menggunakan kod promosi yang boleh diperoleh menerusi saluran media sosial Merchantrade.

“Rakyat Malaysia kini lebih peka terhadap turun naik kadar tukaran wang asing, caj transaksi luar negara dan yuran tersembunyi yang meningkatkan kos keseluruhan perjalanan.

“Situasi ini sekali gus menjadikan kad prabayar pelbagai mata wang Merchantrade Money sebagai pilihan yang lebih selamat dan menjimatkan,” katanya.

Merchantrade
Merchantrade Asia menawarkan pulangan tunai 3 peratus tanpa had bagi setiap perbelanjaan luar negara menerusi Kad Prabayar Visa Merchantrade Money.

Merchantrade Asia menambah, melalui aplikasi Merchantrade Money, pengguna boleh menukar mata wang pada kadar masa nyata tanpa sebarang yuran pertukaran, selain menikmati kadar terkunci yang kekal meskipun digunakan minggu atau bulan kemudian.

Pengguna juga boleh menukar serendah 10 sen, membolehkan perancangan bajet lebih fleksibel.

“Kad prabayar itu turut menyokong pembayaran tanpa sentuh, selain menyediakan notifikasi transaksi masa nyata bagi membantu pengguna memantau perbelanjaan sepanjang berada di luar negara.

“Peningkatan penggunaan dompet digital di Asia Tenggara serta pemulihan perjalanan rentas sempadan menjadikan ciri seperti pulangan tunai, kadar telus, fleksibiliti tambah nilai dan kadar terkunci sebagai faktor penting bagi pengembara moden,” jelasnya.

Dalam masa sama, Merchantrade menjangkakan pasaran pembayaran rentas sempadan Asia Tenggara terus berkembang pesat.

“Ia berikutan peningkatan kekerapan perjalanan, perluasan laluan penerbangan kos rendah dan lonjakan penggunaan e-dagang serantau yang dijangka mencecah AS$325 bilion menjelang 2028, menurut laporan IDC yang ditugaskan oleh 2C2P dan Antom,” katanya.

Dalam pada itu, syarikat itu turut melihat trend perancangan perjalanan kendiri semakin ketara berbanding pakej pelancongan tradisional.

Justeru, katanya, permintaan terhadap kad prabayar pelbagai mata wang sebagai medium pembayaran dijangka meningkat, sekali gus menjadi pilihan paling signifikan bagi rakyat Malaysia yang melancong ke luar negara pada tahun mendatang.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button