BERITA SEMASA

Notifikasi PCB diperkenal melalu e-mel – LHDN

CYBERJAYA – Penghantaran notifikasi Potongan Cukai Bulanan (PCB) kepada pembayar cukai individu melalui emel telah mula dilaksanakan mulai 17 September lalu.

Menurut Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), penghantaran notifikasi itu melibatkan PCB bagi bulan Ogos 2025 dan dihantar ke alamat e-mel yang didaftarkan oleh pembayar cukai menerusi portal MyTax.

“Pelaksanaan inisiatif ini mencerminkan komitmen berterusan LHDN serta memberi keyakinan kepada pembayar cukai bahawa potongan cukai oleh majikan telah diremitkan dan dikreditkan ke dalam lejar cukai masing-masing,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dalam pada itu katanya, langkah itu juga merupakan sebahagian daripada usaha LHDN untuk memperkukuh penyampaian perkhidmatan secara digital, serta menggalakkan penggunaan portal MyTax sebagai saluran rasmi komunikasi antara pihaknya dan pembayar cukai.

Sehubungan itu, katanya, LHDN ingin menasihatkan semua pembayar cukai agar memastikan alamat e-mel mereka adalah sah dan sentiasa dikemas kini di portal MyTax bagi membolehkan notifikasi diterima secara konsisten setiap bulan.

Selain itu, katanya, semakan bayaran PCB boleh dilakukan melalui pautan PCB, manakala maklumat terperinci berkaitan kedudukan akaun cukai boleh diakses melalui pautan Lejar yang disediakan di portal MyTax.

“LHDN percaya dengan pelaksanaan notifikasi PCB kepada pembayar cukai individu ini akan memberikan nilai tambah yang positif sekali gus meningkatkan kepuasan dan pengalaman terbaik kepada pembayar cukai,” katanya.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button