LUAR NEGARA

23 nyaris maut ‘buai funfair’ patah dua di taman tema Arab Saudi

TAIF – Seramai 23 pengunjung nyaris maut dalam satu insiden mencemaskan apabila buaian berputar dikenali sebagai ‘360’ tiba-tiba patah ketika sedang beroperasi di Taman Tema Green Mountain, di sini, hari ini.

Kejadian yang sempat dirakam pengunjung dan tular di media sosial itu memaparkan detik cemas apabila tiang utama permainan berbentuk pendulum itu patah secara tiba-tiba, menyebabkan ia berlaga dengan kerusi yang membawa penumpang sebelum terhempas ke tanah.

Akibat rempuhan kuat antara tiang dan tempat duduk penumpang itu, tiga mangsa dilaporkan parah manakala lebih 20 yang lain mengalami kecederaan ringan.

Orang ramai yang berada di lokasi kejadian segera bergegas membantu mengeluarkan mangsa yang terperangkap, sementara suasana bertukar panik dengan jeritan dan tangisan para pengunjung.

Rakaman selepas kejadian menunjukkan kawasan sekitar permainan dipenuhi pengunjung yang cemas, manakala pihak polis dan pasukan kecemasan tiba tidak lama kemudian untuk mengawal keadaan dan memberikan rawatan awal.

Punca kejadian masih dalam siasatan pihak berkuasa Arab Saudi, namun kerosakan mekanikal dipercayai menjadi antara faktor kegagalan fungsi permainan tersebut.

Taman tema berkenaan dilaporkan ditutup sementara bagi tujuan siasatan menyeluruh dan pemeriksaan keselamatan terhadap semua permainan lain.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button