Berita SemasaPolitik

Tindakan kepada ADUN Rembia diserahkan kepada Pengerusi BN Melaka – Ahmad Zahid

KUALA LUMPUR – Tindakan terhadap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rembia, Datuk Muhamad Jailani Khamis yang menyertai PAS diserahkan kepada Pengerusi Barisan Nasional (BN) Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi yang juga Presiden UMNO berkata, sebarang tindakan terhadap akan diputuskan oleh Pengerusi Barisan Nasional (BN) Melaka dan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Melaka.

“Saya sudah adakan perbincangan dengan Ketua Menteri Melaka dan serahkan sepenuhnya (keputusan).

“Tindakan-tindakan yang akan kita lakukan akan dibawa kepada Majlis Tertinggi UMNO,” katanya selepas merasmi Majlis Pelepasan Peserta Program-Program Inisiatif Malaysia-China Institute (MCI), di sini hari ini.

Semalam, Setiausaha Agung PAS, Datuk Seri Takiyuddin Hassan mengumumkan Muhamad Jailani diterima sebagai ahli PAS selepas permohonannya dibuat pada 10 Jun 2023.

Takiyuddin berkata, tindakan ADUN Rembia itu tidak dikira sebagai lompat parti kerana permohonan telah dibuat sebelum undang-undang lompat parti Melaka diluluskan pada 31 Julai 2023.

Ditanya mengenai desas-desus lebih ramai wakil rakyat dari BN akan menyertai Perikatan Nasional, Ahmad Zahid menafikan dakwaan itu.

 

Show More

Related Articles

Back to top button