Berita Semasa

COVID-19: Kerajaan lupuskan lebih 9.1 juta dos vaksin

KUALA LUMPUR – Kerajaan telah melupuskan lebih 9.1 juta dos vaksin COVID-19 pelbagai jenama membabitkan kerugian RM185 juta setakat 11 Jun lalu.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, pelupusan itu turut membabitkan beberapa sebab, antaranya logistik dan tamat tempoh penggunaan.

“Atas persoalan berapa kerugian, saya tidak bermaksud negatif terhadap menteri-menteri terdahulu sebelum saya.

“Bagi menteri-menteri terdahulu sebelum saya, mereka tidak mempunyai prosedur operasi standard (SOP) dan dengan itu saya memahami kalau ada kelebihan ia terkait dengan persaingan untuk mendapatkan vaksin itu adalah sangat sengit,” katanya pada sesi jawab lisan pada sidang Dewan Rakyat, di sini hari ini.

Dr Dzulkefly berkat ademikian bagi menjawab soalan Datuk Seri Jalaluddin Alias (BN-Jelebu) berhubung jumlah sebenar vaksin COVID-19 yang terpaksa dilupuskan kerana telah tamat tempoh dan berapa anggaran kerugian yang terpaksa ditanggung oleh Kerajaan.

Beliau menambah, sejak program imunisasi COVID-19 bermula pada 24 Februari 2021, kerajaan menerima 84.5 juta dos vaksin sama ada melalui perolehan atau sumbangan.

Mengenai kesan sampingan vaksin COVID_19 pula, Dr Dzulkefly berkata, kerajaan menerima 26 laporan daripada sejuta penerimaan termasuk kemasukan ke dalam wad atau membahayakan nyawa.

“Kami mengakui dan sangat sedar serta ada pemantauan berterusan oleh Bahagian Kawal Selia Farmasi Negara (NPRA) .

“Setiap satu kematian itu kita akan susuli dengan forensik bagi mengenal pasti terkait sebab musabab akan kes serius itu yang sentiasa diambil tanggungjawab,” katanya lagi.

Show More

Related Articles

Back to top button