Berita Semasa

Amaran ribut petir, hujan lebat, angin kencang di beberapa negeri

PUTRAJAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran cuaca bagi beberapa negeri yang dijangka mengalami ribut petir, hujan lebat dan angin kencang sehingga pukul 5 petang hari ini.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan, amaran tersebut kerana terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Antara kawasan yang terlibat adalah:
• Perlis
• Kedah (Langkawi, Sik dan Baling)
• Terengganu (Hulu Terengganu)
• Pahang (Jerantut, Bentong, Kuantan, Pekan dan Rompin)
• Selangor (Hulu Selangor, Gombak, Petaling, Hulu Langat dan Sepang)
• Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
• Wilayah Persekutuan Putrajaya
• Negeri Sembilan (Jelebu, Seremban dan Kuala Pilah)
• Johor (Kluang, Mersing dan Kota Tinggi)
• Sarawak: Sibu (Selangau), Mukah (Mukah), Bintulu dan Miri (Subis, Beluru, Miri dan Marudi)
• Sabah: Pedalaman (Beaufort), Pantai Barat, Tawau, Sandakan (Telupid, Kinabatangan, Beluran dan Sandakan) dan Kudat (Kota Marudu).

Jelasnya, penduduk di kawasan terlibat dinasihatkan agar berwaspada dan mengambil langkah-langkah keselamatan yang perlu untuk mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini.

Show More

Related Articles

Back to top button