Berita Semasa

MetMalaysia keluar amaran hujan berterusan hingga esok dijangka landa Pantai Timur

KUALA LUMPUR – Hujan berterusan tahap buruk dijangka melanda kawasan Pantai Timur sehingga esok.

Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) dalam satu kenyataan hari ini berkata, kawasan terlibat ialah seluruh Terengganu, manakala di Kelantan membabitkan Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Jeli, Tanah Merah, Bachok, Machang, Pasir Puteh dan Kuala Krai.

Kenyataan sama turut menyebut, amaran hujan berterusan tahap waspada dijangka berlaku di Gua Musang, Kelantan serta di Pahang yang tertumpu di Jerantut, Maran, Kuantan, Pekan dan Rompin.

“Amaran yang sama juga dikeluarkan di Johor melibatkan Mersing dan Kota Tinggi yang diramalkan berlarutan sehingga esok,” kata kenyataan itu, hari ini.

Sementara itu, di Sabah, hujan berterusan tahap waspada dijangka melanda Pantai Barat (Ranau dan Kota Belud), Tawau (Lahad Datu), Sandakan (Telupid, Kinabatangan, Beluran dan Sandakan) dan Kudat bermula 23 sehingga 25 November ini.

Show More

Related Articles

Back to top button