Berita SemasaJenayah & Mahkamah

Ibu bapa Zayn Rayyan direman enam hari lagi

PETALING JAYA – Ibu bapa kepada kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin, sebelum ini direman selama tujuh hari, telah disambung reman selama enam hari lagi.

Peguam kepada pasangan tersebut, Fahmi Abd Moin berkata, perintah reman baharu itu dikeluarkan oleh Majistret Ainaa Muhamad Kamal dan akan tamat pada Rabu depan.

Terdahulu, kedua-dua individu berkenaan dilihat memasuki Mahkamah Majistret pada pukul 9.30 pagi bagi menghadiri prosiding sambungan atau penamatan reman.

Reman tersebut merupakan sebahagian daripada siasatan yang sedang dijalankan terhadap kes yang melibatkan pasangan tersebut.

Walaupun butiran lanjut mengenai kes masih belum didedahkan namun, siasatan sedang diteruskan dalam tempoh reman kepada ibu bapa kanak-kanak autisme yang ditemukan mati dibunuh pada Desember tahun lalu.

Show More

Related Articles

Back to top button