Berita Semasa

PM saksikan MoU pembangunan semula aset ATM di ibu negara

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menyaksikan Majlis Menandatangani Perjanjian Perpindahan dan Pembangunan Semula Kem Pusat Latihan Polis Tentera (PULAPOT), Unit Army Red Warrior (ARW) Dan Kem 12 Kompeni Kor Polis Tentera Diraja (12KPTD) serta Pembangunan Perumahan Satu Anggota Satu Rumah (SASaR) di sini.

Perdana Menteri berkata, perjanjian ini melibatkan perpindahan dan pembangunan semula aset Angkatan Tentera Malaysia (ATM) iaitu Pusat Latihan bagi Kor Polis Tentera Diraja iaitu PULAPOT, Markas Tim Akrobatik ARW dan Rumah Keluarga Angkatan Tentera (RKAT) serta kemudahan-kemudahan lain.

“Kompleks baharu, ditambah kebhinekaan kemudahan-kemudahan yang ada, pastinya membantu warga kerja pertahanan yang terdiri daripada anggota ATM, warga veteran ATM dan warga kerja awam di Kementerian Pertahanan untuk memiliki rumah yang selesa di Kuala Lumpur di bawah harga pasaran.

“Pembangunan aset ATM dan pembangunan perumahan ini adalah selari dengan matlamat Kerajaan untuk menjaga kebajikan bertunjangkan Konsep Malaysia Madani yang mana bakal memberi faedah bukan sahaja kepada warga tentera tetapi turut meliputi ahli keluarga dan masyarakat sekitar kem,” katanya dalam satu kenyataan.

Dalam pada itu Anwar berharap projek itu bakal menjadi pemangkin agar ketumbukan badan pertahanan negara terus utuh dalam memastikan keselamatan rakyat berada pada tahap yang terbaik.

 

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button