BERITA SEMASA

Helikopter FDS terhempas dua hari lalu miliki sijil kelayakan sah hingga Ogos tahun depan – CAAM

KUALA LUMPUR – Helikopter BO-105 perkhidmatan doktor udara (FDS) yang terhempas di Long Lellang, Sarawak, dua hari lalu mempunyai Sijil Kelayakan Udara yang sah sehingga 4 Ogos tahun depan.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM), Datuk Kapten Norazman Mahmud berkata, Sijil Pendaftaran pesawat itu juga sah sehingga 28 Julai 2029.

Beliau bagaimanapun berkata, pengendali Layang Layang Aerospace telah mengambil langkah berjaga-jaga dengan menghentikan operasi seluruh armada BO-105 miliknya, selain pesawat lain milik mereka yang dilengkapi enjin Rolls-Royce.

ā€œPenggantungan operasi itu (bagaimanapun) tidak seharusnya dianggap sebagai petunjuk bahawa enjin atau mana-mana komponen tertentu menjadi punca nahas,ā€ katanya pada sidang media sempena Malaysia Aviation Safety Seminar 2026 (MASS ’26), di sini hari ini.

Norazman berkata, CAAM sedang memantau proses penggantungan operasi dan program pemeriksaan yang dijalankan oleh pengendali, selain mengesahkan rekod kawal selia berkaitan pengendali dan juruterbang.

Beliau menambah, usia pesawat itu tidak seharusnya, dengan sendirinya, dianggap sebagai petunjuk wujudnya isu kelayakan udara.

ā€œBerhubung kebimbangan mengenai usia pesawat, dari perspektif kelayakan udara, usia semata-mata bukanlah faktor penentu, selagi pesawat diselenggara dengan baik mengikut program penyelenggaraan yang diluluskan dan terus memenuhi semua keperluan kelayakan udara yang ditetapkan,ā€ katanya.

Beliau turut berkata siasatan berhubung nahas itu sedang dijalankan oleh Biro Siasatan Kemalangan Udara (AAIB) di bawah Kementerian Pengangkutan.

ā€œSebarang penemuan berkaitan punca nahas mestilah datang daripada AAIB selepas pemeriksaan menyeluruh terhadap semua bukti.

ā€œAAIB bertanggungjawab menentukan keadaan kejadian, faktor penyumbang serta punca nahas,ā€ katanya lagi.

Kelmarin, sebuah helikopter BO-105 perkhidmatan doktor udara (FDS) yang membawa lima individu terhempas berhampiran STOLport Long Lellang di Sarawak.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button