Politik

Dr Mahathir sertai Putra, dilantik penasihat parti

PUTRAJAYA – Bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengakui beliau masih menyimpan hasrat untuk terus membela nasib orang Melayu.

Berlandaskan hasrat tersebut, beliau hari ini mengesahkan penyertaannya dalam Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra) bagi meneruskan perjuangannya.

“Walaupun saya umur 97 tahun, tapi hati saya ini masih lagi dengan perjuangan orang Melayu, bukan sayang parti tapi sayangkan rakyat, parti cuma alat sahaja.

“Perjuangan ini untuk orang Melayu, saya dapati bahawa kedudukan orang Melayu sekarang ini lebih banyak masalah daripada kaum lain,” kata Dr Mahathir, hari ini.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas Majlis Penyerahan Kad Keahlian dan Watikah Penasihat Putra, di sini hari ini.

Related Articles

Dr. Mahathir menjelaskan, tindakannya menyertai Putra kerana perjuangan parti tersebut selari dengan hasrat dirinya.

“Kita berjuang untuk orang Melayu, ini bukan kerana perkauman, kita perlu melihat orang Melayu juga dapat bahagian mereka (kek ekonomi) di negara kita,” katanya.

Kata Dr Mahathir lagi, beliau mahu memastikan orang Melayu tidak menjadi komuniti yang termiskin di tanah air sendiri, sebelum beliau menghembuskan nafas terakhir.

“Sebelum saya mati, saya akan kerja untuk bangsa saya, kalau nak kata saya rasis, katalah.

“Saya berpendapat orang Melayu tidak harus dijadikan kumpulan yang termiskin yang tidak ada apa-apa dalam negara mereka sendiri,” katanya lagi.

Show More

Related Articles

Back to top button