Politik

“Ini bukan putar belit, ini kenyataan rasmi bertulis Ketua Pesuruhjaya SPRM” – Ahmad Zahid

PUTRAJAYA – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menafikan beliau memutar belit kenyataan ‘sedekah’ itu rasuah politik tetapi berdasarkan kenyataan yang dibuat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Jelas Ahmad Zahid, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki pernah menyatakan bahawa apa sahaja bentuk pemberian ketika kempen pilihan raya dan apa jua istilahnya, ia tetap rasuah politik.

“Kenyataan dibuat Azam harus dijadikan satu panduan. Ini bukan putar belit, ini kenyataan rasmi bertulis Ketua Pesuruhjaya SPRM,” kata Ahmad Zahid yang merupakan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, hari ini.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar sejurus mempengerusikan mesyuarat penyelarasan dengan Exco-exco Luar Bandar, di sini hari ini.

Sebelum ini, Ketua Dewan Ulamak Pas, Datuk Ahmad Yahaya membidas kenyataan Ahmad Zahid berhubung ‘sedekah’ itu rasuah sambil berkata Ahmad Zahid cuba mengelirukan orang ramai.

Show More

Related Articles

Back to top button