Berita SemasaDalam Negeri

Ibu tunggal tamatkan 9 pendakian puncak Kinabalu dalam masa sebulan

Kartina akhiri 9 pendakian puncak Kinabalu kurang sebulan, berjaya terbit 9 aplikasi pada ketinggian 4,095 meter

RANAU – Pengajar aplikasi mudah alih yang juga seorang ibu tunggal, Kartina Abdul Ghani, 53, berjaya menamatkan misi pendakian sebanyak sembilan kali ke puncak Kinabalu selain menerbitkan aplikasi mudah alih di puncak tertinggi di Malaysia itu, semalam.

Tepat pada pukul 6.57 pagi, Kartina berjaya menjejakkan kakinya ke puncak tertinggi Low’s Peak dan seterusnya menerbitkan baki dua lagi aplikasi mudah alih terakhir dalam satu ekspedisi.

Kejayaan itu turut dilakukan bersama-sama dua anak didiknya dalam pembikinan aplikasi mudah alih, Haziqah Halim, 22, dan Muhammad Hafiz Zainal, 20, bersama dua malim gunung, Jimmy Midin, 50, dan Romeo Jaomius, 28.

Kejayaan luar biasa yang dilakar Kartina itu dilakukan dalam tempoh kurang dari sebulan di dalam satu ekspedisi sejak tiba kali pertama ke puncak setinggi 4,095 meter itu pada 16 Oktober lalu.

Dengan berakhirnya penaklukan sembilan kali puncak tertinggi tersebut, bermakna Kartina sudah berjaya menerbitkan sembilan aplikasi mudah alih termasuk, Mari Melawat Sabah, Pergunungan Sabah, Masakan Sabah, Mengenai Sabah, Ucapan Selamat dan Latar Belakang Telefon Sabah, Ensiklopedia Hidupan Liar Sabah, Kalendar dan Perayaan Sabah, Melawat Malaysia dan Sejarah Malaysia ke laman pengedaran digital Google Play dan Apple App.

”Saya rasa sangat bersyukur selepas berjaya buat kali kesembilan menjejakkan kaki ke puncak tertinggi di Malaysia tahun ini selain turut berjaya menerbitkan baki dua aplikasi mudah alih di puncak.

“Dengan keadaan cuaca yang baik dan terang, Alhamdulillah saya tidak mendapat halangan yang besar untuk sampai ke puncak selain dapat menerbitkan baki aplikasi dengan lancar,” katanya dalam satu kenyataan.

Kartina akhiri 9 pendakian puncak Kinabalu dalam tempoh kurang sebulan, berjaya terbit 9 aplikasi pada ketinggian 4,095 meter

Kejayaan Kartina itu bakal diiktiraf sebagai Pendakian Berturut-Turut Dalam Satu Ekspedisi ke dalam Malaysian Book of Records Kartina, pengasas yang juga tenaga pengajar di Akademi Apps Master Builder (Akademi AMB), telah memulakan pendakian pertamanya pada 15 Oktober lalu dan bakal meneruskan ekspedisi seterusunya ke puncak Everest pula pada Mac atau Mei 2026.

Menerusi ekspedisi itu kata Kartina, pihaknya turut menawarkan harga promosi bagi sesiapa sahaja yang ingin membina aplikasi mudah alih yang mudah digunakan tanpa memerlukan mereka tahu mengenai pengaturcaraan komputer atau koding.

”Kami menggunakan pembina aplikasi yang dibangunkan sendiri khusus kegunaan Akademi AMB dan mudah digunakan oleh semua dan bagi mereka yang berminat boleh ke https://bit.ly/buat-appsmudah untuk mendapatkan tawaran promosi RM197 berbanding RM408 pada harga biasa.

”Akademi AMB akan memberikan khidmat sokongan selepas jualan seumur hidup untuk membolehkan mereka menjadi pembangun aplikasi mudah alih dan seterusnya menjana pendapatan pasif,” katanya.

Show More

Related Articles

Back to top button