Berita SemasaBisnes & Ekonomi

Batik Air perkenal laluan Kuala Lumpur-Alor Setar rancakkan kempen Tahun Melawat Kedah 2025

KUALA LUMPUR – Batik Air melancarkan laluan penerbangan terus baharu antara Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim, Alor Setar bermula 5 Disember depan.

Laluan baharu itu dijangka memberi akses lebih mudah ke negeri Kedah yang kaya dengan warisan budaya dan pelbagai destinasi pelancongan menarik.

Ketua Pegawai Eksekutif Batik Air, Datuk Chandran Rama Muthy berkata, pihak melancarkan laluan yang menghubungkan kawasan Lembah Klang dengan bahagian utara Semenanjung yang sekaligus meningkatkan hubungan ekonomi dan sosial di kedua-dua wilayah.

“Ini adalah usaha kami untuk memperkukuhkan sektor pelancongan domestik sambil membuka peluang pertumbuhan ekonomi di Kedah dan kawasan utara Malaysia.

“Laluan baharu ini juga bertepatan dengan tema Tahun Melawat Kedah 2025, ‘Rasai Kedah’, yang mengajak pelancong mendalami keunikan budaya dan warisan negeri,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

 

Beliau turut berkata, Kedah kini menjadi salah satu destinasi pilihan utama di Malaysia dengan jumlah kedatangan pelancong seramai lebih 6.45 juta orang pada 2023, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia.

“Laluan Kuala Lumpur–Alor Setar akan beroperasi setiap hari dengan kekerapan tujuh kali seminggu, menggunakan pesawat Boeing 737.

“Perkhidmatan itu menawarkan pilihan Kelas Ekonomi dan Kelas Perniagaan yang memberi penumpang keselesaan serta pengalaman perjalanan yang lebih baik,” katanya lagi

Untuk maklumat lanjut atau tempahan tiket, orang ramai boleh melayari laman web rasmi Batik Air di www.batikair.com.

Show More

Related Articles

Back to top button