Berita SemasaSukan

Dakwaan ‘rogol’ babitkan Mbappe tidak bagus buat Perancis – Deschamps

PARIS – Jurulatih Perancis, Didier Deschamps menyifatkan laporan yang mendakwa bintang Perancis, Kylian Mbappe sedang disiasat kerana merogol di Sweden adalah bukan perkara yang baik untuk pasukan kebangsaan.

“Semua orang bebas untuk menulis apa yang mereka mahu tetapi terdapat suasana negatif di sekeliling pasukan Perancis” kata Deschamps lapor AFP.

Dia berkata demikian kepada pemberita selepas kemenangan 2-1 di Belgium dalam Liga Negara-Negara UEFA, semalam.

Kenyataan itu dibuat sebagai jawapan kepada soalan mengenai Mbappe, kapten Perancis yang tidak menyertai perlawanan pasukan bulan ini bagi meningkatkan kecergasannya.

Semalam, sebuah akhbar di Sweden mendakwa bahawa penyerang Real Madrid itu disiasat kerana merogol selepas lawatan ke Stockholm.

Selepas akhbar Sweden, Aftonbladet melaporkan satu dakwaan rogol dilaporkan kepada polis namun tidak menyebut siapa yang dituduh, akhbar Expressen menyatakan Mbappe, 25, menjadi suspek.

Pemain itu kemudian telah mengecam laporan itu sebagai “berita palsu”.

“Berhati-hati apabila anda mengambil sesuatu.

“Lebih baik anda berundur sedikit sebelum menerbitkan apa-apa , tetapi perkara ini berlaku begitu kerap,” kata Deschamps yang turut meragui laporan itu.

Show More

Related Articles

Back to top button