Berita Semasa

Media di Malaysia disaran manfaatkan teknologi baharu termasuk AI – Fahmi

BEIJING – China terus ke hadapan dalam mempelopori industri penyiaran dengan menggunakan teknologi definisi ultra tinggi 8K.

Malah Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, China Media Group (CMG) turut membangunkan teknologi sendiri dengan menambah baik kualiti kandungan penyiaran dengan mengambil kira aspek kecerdasan buatan (AI) yang semakin meluas digunakan kini.

“Kepakaran teknologi dan teknikal mereka wajar dicontohi kerana turut membantu menjimatkan kos.

“Saya teruja melihat keupayaan anak-anak muda yang berkhidmat dengan CMG dalam penghasilan sama ada kandungan AI atau augmented reality (AR), serta beberapa jenis teknologi baharu,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil melawat pejabat CMG di Beijing, China hari ini.

Terdahlu beliau mengadakan lawatan ke satu daripada 4 pejabat CMG di Beijing, dan antara pusat utama televisyan bagi CGTN dan CCTV.

Dalam pada itu, Fahmi turut melihat peluang kerjasama antara CMG dan organisasi media seperti BERNAMA dan RTM supaya dapat memanfaatkan teknologi baharu seumpamanya.

“Terima kasih kepada pihak pengurusan CMG kerana mengundang saya ke bangunan pejabat mereka yang dilengkapi teknologi serba canggih ini,” katanya.

Show More

Related Articles

Back to top button