Berita Semasa

Pemberian subsidi telur ayam dilanjut hingga Jun

PUTRAJAYA – Pemberian subsidi telur ayam akan diteruskan sehingga Jun 2023.

Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan, pemberian subsidi berkenaan melibatkan peruntukan berjumlah RM1.28 bilion berkenaan telah dipersetujui oleh Jemaah Menteri pada 17 Feb lepas.

“Langkah ini diambil demi memastikan bekalan telur ayam dalam negara kekal stabil, sementara kajian mengenai mekanisme dan dasar penyaluran subsidi secara bersasar dapat dimuktamadkan dalam tempoh masa terdekat,” kata KPKM dalam kenyataan tersebut.

Kata KPKM lagi, keperluan untuk membawa masuk telur ayam dari luar negara juga akan dikaji semula setelah bekalan telur ayam kembali stabil.

“Inisiatif membawa masuk telur ayam dari sumber luar merupakan langkah sementara bagi memastikan bekalan telur ayam dalam negara kekal stabil dan tidak terputus,” katanya.

KPKM seterusnya berkata, pihaknya sentiasa memantau keperluan bekalan telur ayam dalam pasaran dan terus berusaha dengan pelbagai pendekatan bagi menjamin bekalan telur ayam dalam negara stabil seperti sediakala.

Show More

Related Articles

Back to top button