Berita SemasaJenayah & Mahkamah

Ketua Polis Kuala Lumpur adakan kunjungan hormat kepada Datuk Bandar

KUALA LUMPUR – Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa mengadakan kunjungan hormat kepada Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Dr. Maimunah Mohd Sharif di Pejabat Datuk Bandar, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Rusdi berkata, kerjasama antara dua agensi amat penting untuk memastikan keselamatan dan kesejahteraan bandar Kuala Lumpur terjaga.

“Kami berbincang mengenai pelbagai aspek keselamatan, pengurusan lalu lintas dan penguatkuasaan undang-undang di bandar raya ini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Pertemuan itu bertujuan memperkukuh kerjasama antara Polis Kuala Lumpur dan DBKL dalam menangani isu-isu keselamatan dan pembangunan di bandar raya ini dengan harapan meningkatkan kesejahteraan dan keamanan bagi semua penduduk.

Kunjungan tersebut turut dihadiri oleh beberapa pegawai kanan Polis Kuala Lumpur, Ketua Cawangan Khas Kuala Lumpur, SAC Datuk Fazlisyam Abd Majid, Ketua Jabatan Pengurusan Kuala Lumpur, SAC Samsor Maarof dan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, SAC Mohd Razali Mohd Idrus.

Pihak DBKL turut diwakili beberapa pegawai kanan, termasuk Pengarah Eksekutif (Pembangunan Sosioekonomi), Ismadi Sakirin; Pengarah Jabatan Penguatkuasaan, Mohd Muzammer Jamaluddin dan Pengarah Jabatan Pembangunan Komuniti dan Kesejahteraan Bandar, Zulkifli Muhammad.

Show More

Related Articles

Back to top button