Berita SemasaBisnes & Ekonomi

MFWS 2024 angkat industri fesyen modest

KUALA LUMPUR – Sidang Kemuncak Modest Fesyen & Usahawan Wanita (MFWS) 2024 yang berlangsung di Hotel Intercontinental, di sini, bermula semalam sehingga 10 Februari mempamerkan keberhasilan dan potensi wanita dalam industri fesyen modest.

Dengan kehadiran usahawan wanita dari 60 buah negara, acara ini tidak hanya menampilkan pertunjukkan fesyen yang daripada 20 pereka busana ternama.

Antara pereka fesyen yang hadir.

Sesi dialog tersebut menjadi platform bagi wanita untuk berkongsi pengalaman, strategi, dan gagasan tentang bagaimana memajukan bisnes di era global yang dinamis.

Antara ikon yang akan bersama dalam sesi dialog ialah penulis novel terkenal Asma Nadia; Irene Omar mantan Ketua Pengarah Operasi Air Asia Digital; Tya Ariffin Ketua Pengarah Operasi Mutyara Beauty dan ramai lagi ikon wanita yang berjaya dalam pelbagai industri.

Barisan pemain industri fesyen

“MFWS 2024 bukan hanya sekadar ruang untuk memamerkan keunggulan modest fashion, tetapi juga sebagai wadah untuk memperkuat peranan wanita dalam membangun ekonomi yang inklusif.

“Melalui berbagai kegiatan seperti bengkel dan seminar, acara ini memberikan kesempatan bagi para wanita pengusaha untuk membentuk kemahiran, bertukar idea, dan merencanakan masa depan yang lebih positif bagi industri modest fashion dan ekonomi secara keseluruhan,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Kreasi Mode International, Ayu May Fakih

Deligasi luar negara

“Dengan mewujudkan forum ini untuk sidang kemuncak usahawan wanita, mereka boleh berhubung antara satu sama lain,” tambah Ayu.

Pengurus projek MFWS 2024, Norasiah Jamil berkata, terdapat lapan rakan kerjasama untuk sidang kemuncak itu, termasuk Persatuan Fesyen Indonesia, Modest Fashion Australia, Modest Fashion.

Selain, Manila, Majlis Fesyen dan Reka Bentuk Islam dari London, Persatuan Pejabat Keluarga di Asia dari Hong Kong, Scarf Media, hellobcr dan Dewan Fesyen Indonesia.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Facebook :Malaysia Tribune
X :@malaysiatribune
Instagram :@malaysiatribune
Threads :@malaysia.tribune
Youtube :Malaysia Tribune
TikTok : Malaysia Tribune
Whatsapp Channel :Malaysia Tribune
Telegram :Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button