Berita Semasa

Jumlah mangsa banjir Kedah catat penurunan

ALOR SETAR – Jumlah mangsa manjir di Kedah mencatatkan penurunan daripada 8,375 orang yang direkodkan pada petang semalam, kepada 8,007 orang setakat pagi ini.

Jumlah mangsa banjir berkenaan membabitkan 2,591 keluarga yang ditempatkan di 37 pusat pemindahan sementara (PPS) di negeri ini.

Memetik data yang dikeluarkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), tiga daerah iaitu Kubang Pasu, Pokok Sena dan Bandar Baharu mencatatkan penurunan mangsa banjir.

Maklum JKM, mangsa banjir di ketiga-tiga daerah terbabit menurun daripada 1578 orang kepada 1015 orang.

Walau bagaiamanapun, mangsa banjir di dua lagi daerah iaitu Kota Setar dan Pendang terus mencatatkan peningkatan.

Jumlah mangsa tertinggi direkodkan di Kota Setar iaitu seramai 5,388 orang berbanding 5,216 orang, manakala Pendang seramai 1,604 orang berbanding 1,581.

Hanya satu sungai berada pada paras bahaya iaitu Sungai Anak Bukit di Jambatan TAR, Alor Setar.

Show More

Related Articles

Back to top button