Berita SemasaPM X

130 ribu individu berstatus muflis dijangka ‘diselamatkan’ setelah Akta Insolvensi 1967 dipinda

KUALA LUMPUR – Kerajaan akan meminda Akta Insolvensi 1967 supaya kes muflis dapat dilepaskan secara automatik pada masa yang singkat.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, rakyat yang diisytihar muflis berhak punyai peluang kedua.

“Setakat Januari, lebih 260 ribu kes muflis telah direkodkan yang turut melibatkan anak-anak kita majoritinya Melayu yang punyai potensi
menyumbang kepada ekonomi negara,” kata Anwar ketika membentangkan Belanjawan 2023 di Dewan Rakyat, hari ini.

Dan sementara menunggu pindaan tersebut diluluskan, kata Anwar, kes-kes kecil yang hutangnya kurang daripada RM50 ribu yang memenuhi syarat, akan dilepaskan serta-merta mulai 1 Mac ini.

Jelas Anwar, pindaan tersebut dijangka dapat melepaskan sebanyak 130 ribu individu daripada status muflis.

Show More

Related Articles

Back to top button