Berita SemasaJenayah & Mahkamah

Maritim Malaysia Kedah beri amaran aktiviti laut

ALOR SETAR – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Kuala Kedah mengingatkan orang awam dan komuniti maritim supaya berwaspada terhadap ramalan cuaca buruk yang melanda bahagian utara Semenanjung sepanjang minggu ini.

Pengarah Zon Maritim Kuala Kedah, Komander Maritim Noor Azreyanti Ishak berkata, orang ramai khususnya komuniti maritim perlu mengambil berat tentang keadaan cuaca sebelum melakukan sebarang aktiviti di pantai dan laut.

“Ini bagi memastikan tiada sebarang insiden yang tidak diingini berlaku berikutan keadaan ribut yang dijangka melanda kawasan perairan negeri di utara sepanjang minggu ini.

“Keadaan angin kencang dan laut bergelora boleh membawa risiko tinggi kepada aktiviti rekreasi pantai dan laut dan kami berharap komuniti maritim akan berhati-hati,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Maritim Malaysia juga mengingatkan pengusaha bot pelancong supaya mematuhi peraturan laut yang telah ditetapkan, termasuk tidak melebihi kapasiti penumpang maksimum dan memastikan jaket keselamatan disediakan.

Sebarang kejadian kecemasan atau kemalangan di laut boleh dilaporkan melalui talian kecemasan 999 atau Pusat Operasi Zon Maritim Kuala Kedah di talian 04-7310579.

Show More

Related Articles

Back to top button