Berita SemasaJenayah & Mahkamah

Dr. Maza syor zakat bantu persekolahan anak-anak bekas pengikut GISBH

KUALA LUMPUR – Mufti Perlis, Datuk Dr. Mohd Asri Zainul Abidin mencadangkan supaya wang zakat digunakan untuk membiayai kos persekolahan semula anak-anak bekas ahli pengikut GISBH.

Dr Mohd Asri dalam kenyataan di Facebooknya berkata, selain untuk tujuan pendidikan, dana zakat juga boleh digunakan untuk diberikan kepada bekas ahli pertubuhan itu yang ingin memulakan kehidupan baru.

“Demikian juga wang zakat boleh diberikan kepada bekas ahli mereka yang ingin memulakan kehidupan baru termasuk memulakan perniagaan dan pekerjaan yang lain.

“Dengan ini, kita bukan sahaja mengeluarkan mereka daripada kehidupan lepas yang tidak sewajarnya, malah kita juga memberikan peluang untuk mereka memulakan kehidupan yang benar dan baik,” katanya.

Polis sebelum ini menyelamatkan 392 kanak-kanak dari 20 rumah amal kendalian GISBH yang dipercayai mengalami eksplotasi dan penderaan seksual termasuk liwat.

Sebahagian daripada kanak-kanak tersebut juga dipisahkan dalam tempoh yang lama dengan ibu bapa mereka dan ada yang ‘dibinkan’ Abdullah kerana masalah perkahwinan yang tidak didaftar secara sah.

Show More

Related Articles

Back to top button