
Azalina, Fahmi pengerusikan mesyuarat gubal undang-undang baharu mengenai jenayah siber
KUALA LUMPUR – Bagi menangani ancaman jenayah siber yang semakin berleluasa, kerajaan telah menubuhkan sebuah Jawatankuasa Kerja Cadangan Penggubalan Undang-undang Baharu berkaitan kemudaratan jenayah dalam talian.
Jawatankuasa tersebut telah bermesyuarat semalam dan dipengerusikan secara bersama oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said dan Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil.
Perkhidmatan dalam talian pada masa kini merupakan satu keperluan dan menjadi antara elemen terpenting dalam kehidupan seharian. Perkembangan ini telah membuka banyak peluang baharu, terutamanya dalam bidang perniagaan sekaligus menjadikan kehidupan rakyat semakin mudah dan… pic.twitter.com/ETd4wqXm6D
— Azalina Othman Said (@AzalinaOthmanS) February 5, 2024
Azalina berkata, inisiatif cadangan penggubalan undang-undang baharu itu bagi menangani isu berkaitan jenayah siber, selain mencerminkan keprihatinan kerajaan Madani dalam memastikan keselamatan rakyat di alam siber tidak terus terancam.
“Perkhidmatan dalam talian pada masa ini merupakan satu keperluan dan antara elemen terpenting dalam kehidupan seharian. Perkembangan ini membuka banyak peluang baharu, terutama dalam bidang perniagaan, sekali gus menjadikan kehidupan rakyat semakin mudah dan selesa.
“Namun, dalam kita menikmati manfaatnya, alam siber kini dieksploitasi sehingga menjadi lubuk jenayah siber yang semakin berleluasa dan pada tahap membimbangkan,” kata Azalina dalam satu hantaran di akaun X miliknya, malam tadi.
Beliau berkata, mesyuarat itu turut dihadiri pegawai pelbagai kementerian, agensi dan badan berkaitan.
Platform | Pautan |
---|---|
Malaysia Tribune | |
X | @malaysiatribune |
@malaysiatribune | |
Threads | @malaysia.tribune |
Youtube | Malaysia Tribune |
TikTok | Malaysia Tribune |
Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
Telegram | Malaysia Tribune |