Bisnes & Ekonomi

Kemampuan Tun M hanya terserlah jika berjaya bawa masuk pelaburan, teknologi REE – Rafizi

KUALA LUMPUR – Kemampuan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad akan terserlah sekiranya beliau berjaya membawa pelaburan asing serta teknologi pemprosesan industri berkaitan unsur nadir bumi (REE) ke negara ini, kata Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli.

Rafizi berkata, industri REE dikuasai hampir 90 peratus oleh China dan kebanyakan teknologi untuk memproses unsur nadir itu hanya dimiliki syarikat milik ekonomi kedua terbesar dunia berkenaan.

“Hanya ada beberapa syarikat bukan China yang mempunyai teknologi ini. Perbincangan di peringkat Kerajaan Persekutuan memutuskan supaya usaha di peringkat kerajaan dimulakan untuk meyakinkan pelabur untuk berkongsi teknologi pemprosesan REE dengan membuka kilang pemprosesan di Malaysia.

“Saya yakin ini persaingan yang sihat kerana Kerajaan Persekutuan dan Perikatan Nasional (PN) yang mentadbir empat negeri ini berlumba-lumba membuktikan siapa yang paling handal membawa teknologi pemprosesan REE ke Malaysia.

“Jika tidak, rancangan yang diumumkan di Bangi itu hanya kekal menjadi hasrat sahaja,” katanya di X milik beliau hari ini.

Isnin lalu, Dr. Mahathir memaklumkan sebuah syarikat yang diberi nama SG4 Group Sdn Bhd telah ditubuhkan oleh empat negeri di bawah pentadbiran Perikatan Nasional (PN) sebagai tanda kerjasama dalam perkongsian kekayaan.

Menurut Dr. Mahthir, SG4 yang dianggotai Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis akan akan memiliki kepentingan yang sama dalam syarikat tersebut.

Mengulas mengenai model perniagaan yang akan dijalankan oleh syarikat itu, Dr. Mahathir berkata, unsur nadir bumi (REE) akan menjadi salah satu fokus utama SG4 dalam menarik pelaburan asing ke semua negeri anggota.

Show More

Related Articles

Back to top button