Bisnes & Ekonomi

Bajet 2023: Kerajaan dijangka kekalkan kadar perbelanjaan

PUTRAJAYA – Kerajaan dijangka mengekalkan kadar perbelanjaan negara dalam Bajet 2023 yang akan dibentangkan semula di Parlimen nanti.

Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli berkata, angka pertumbuhan Kadar Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) bagi suku ketiga 2022 berkembang lebih baik dari yang dijangkakan dan menunjukkan pemulihan ekonomi negara berjalan lancar.

“(Bagaimanapun) Keadaan ekonomi dunia masih mencabar. Untuk mengatakan ia tidak memberi kesan (kepada kita), itu satu yang tidak tepat.

Bagaimana ia (keadaan ekonomi dunia) memberi kesan kepada kita merupakan satu perkara yang perlu kita perhalusi dalam masa dua ke tiga minggu ini sebelum Bajet 2023 dibentangkan semula,” kata Rafizi.

Rafizi berkata demikian dalam sidang akhbar selepas merasmikan pelancaran platform data terbuka, OpenDOSM NextGen di Jabatan Perangkaan Malaysia, di sini hari ini.

Beliau menambah, walaupun pelbagai agensi berkaitan mempunyai angka berbeza mengenai situasi ekonomi negara, secara umumnya ia bersifat optimistik.

Show More

Related Articles

Back to top button