Berita Semasa

Tular Hafiz Suip bertumbuk di jalan raya, dakwa disembur pepper spray

KUCHING – Penyanyi Hafiz Suip dilaporkan terlibat dalam satu satu pergaduhan di jalan raya di sini menerusi satu video yang tular di media sosial hari ini.

Rakannya, Uthman Daud yang tampil menjelaskan situasi itu dalam media sosialnya berkata, lelaki yang memandu kereta jenis Vios itu telah membuat provokasi terlebih dahulu sehingga keadaan menjadi panas.

“Mungkin ada yang tengok video viral pergaduhan Hafiz Suip yang berlaku selepas Jumaat tadi. Oleh kerana video yang tersebar hanya sekejap, biarlah saya terangkan kronologi.

“Selepas solat Jumaat, kami dalam perjalanan untuk membeli hamper untuk ziarah rumah keluarga peminat Hafiz Suip yang sudah meninggal dunia kerana semalam adalah ke 100 pemergiannya.

“Ketika dalam perjalanan, ada sebuah kenderaan yang mencucuk dari belakang. Maka provokasi pun berlaku daripada kedua belah pihak. Kemuncaknya adalah apabila pemandu tersebut mula blok dan berhentikan kereta kami, kedua-dua tengah dalam kemuncak marah dan keluar dari kereta.

“Tiba-tiba pemandu tersebut spraykan muka Hafiz dengan pepper spray. Saya cuba leraikan keadaan, tetapi pemandu tersebut masih meluru ke arah Hafiz, dalam keadaan saya cuba leraikan keadaan, mula saya juga disiku dan disembur dengan pepper spray sehingga saya sesak nafas, jadi saya sendiri pun melepaskan tumbukan selepas melihat dia terlalu agresif,” katanya.

Katanya, ketika ini mereka masih di hospital untuk menerima rawatan disebabkan semburan itu yang mengenai bahagian kulit.

Pada masa sama katanya, pihaknya juga akan membuat laporan polis berhubung kejadian itu.

 

Show More

Related Articles

Back to top button