
Lubang benam dikesan di Kompleks Bunga Raya KLIA
SEPANG – Satu lubang benam dikesan di pekarangan masuk ke Kompleks Bunga Raya, Terminal Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini, hari ini.
Kementerian Kerja Raya dalam kenyataan di laman X memaklumkan lubang benam sedalam satu meter dengan keluasan 5.4 meter itu disyaki berpunca daripada kebocoran paip kumbahan.
“Pemeriksaan di tapak mendapati terdapat satu lubang kumbahan (manhole) milik KLIA berada berhampiran kawasan kejadian.
“Di syaki kebocoran paip kumbahan menjadi punca sinkhole,” katanya.

Menurut kenyataan itu, lokasi kejadian kini ditutup kepada lalu lintas namun sebahagian daripada laluan masih boleh digunakan untuk semua kenderaan.
Susulan kejadian itu, pemantauan, pemeriksaan serta pemasangan Pelan Pengurusan Trafik (TMP) telah dibuat oleh pihak Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB).
“Laporan terperinci akan dikeluarkan oleh pihak MAHB dan pihak JKR & Roadcare akan memberikan bantuan sekiranya diperlukan oleh pihak MAHB,” katanya.
Platform | Pautan |
---|---|
Malaysia Tribune | |
X | @malaysiatribune |
@malaysiatribune | |
Threads | @malaysia.tribune |
Youtube | Malaysia Tribune |
TikTok | Malaysia Tribune |
Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
Telegram | Malaysia Tribune |